Tuesday, September 26, 2006

aDaP KeTiKa BeRpUaSa

Perkara-perkara di bawah adalah sangat dituntut kepada umat Islam seluruhnya apatah lagi di waktu mana kita sedang mengerjakan ibadat puasa, antara tuntutan itu ialah:

  • Menanamkan rasa penuh harap, segala amalan kita mudah-mudahan diterima baik oleh Allah.
  • Mengurangkan makan dan minum ketika berbuka dan sahur
  • Mengelakkan diri apa-apa sahaja yang boleh membatalkan puasa
  • Mengurangkan tidur di siang hari
  • Hendaklah kita selalu mengingatkan bencana dan balasan Allah di akhirat
  • Menjauhkan diri dari mengumpat, mencerca, mencela, mencaci, maki hamun, berbohong serta mencarut dan apa-apa sahaja perkataan yang kotor dan berbau busuk dan hina didengar telinga

Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya, Sesungguhnya orang yang amat dicintai oleh Allah ialah orang yang senang bermesra dan senang dimesrai, dan sesungguhnya orang yang amat dibenci oleh Allah ialah yang suka menaburkan kata-kata nista dan suka memecah-belahkan antara sesama manusia.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home